Wednesday, June 16, 2010

Pengeluaran Kad Pengenalam Malaysia kepada PTI: Menteri Dalam Negeri bilang tidak betul.

YB Datuk Wilfred M. Bumburing yang mengemukakan soalan lisan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung PTI di Sabah yang mendapat Kad Pengenalan dan MyKad. Berikut adalah sedutan daripada jawapan Menteri Dalam Negeri kepada soalan lisan YB datuk Bumburing pada 16 Jun 2010.

Komen anda serta sesiapa yang ada bukti mengenai hal ini sila kemukakan ke Pejabat ADR Tuaran.

Pertanyaan Lisan Rujukan 2710
Daripada: YB Datuk Wilfred Bumburing DWMB [Tuaran]
Tarikh: 16 Jun 2010

SOALAN:
YB Datuk Wilfred M. Bumburing bertanya kepada MENTERI DALAM NEGERI minta menyatakan keterangan selanjutnya mengenai Jabatan Pendaftaran Negara bahawa tiada MyKad telah diberi kepada pendatang haram sedangkan adalah menjadi fakta dengan bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah telah memperolehi kad kerakyatan.

JAWAPAN MENTERI DALAM NEGERI:
Tuan Yang Dipertua (TYD), Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli YB Tuaran yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk Makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan hanya mengeluarkan Kad Pengenalan MyKad kepada warganegara yang layak mengikut peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Perlembagaan Persekutuan. Adalah disahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan kepada pendatang haram atau mana-mana orang yang tidak mempunyai status taraf warganegara.

TYD, Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah yang dikeluarkan MyKad sepertimana yang dinyatakan olei Ahli YB Tuaran, Kementerian memohon kerjasama Ahli YB supaya memberi maklumat-maklumat lengkap terus kepada saya untuk disiasat dan diambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang dimaksudkan.

13 comments:

  1. kerjasama daripada semua pihak adalah perlu untuk membuktikan isu ini agar jalan penyelesaian akan segera dibentuk dan dilaksanakan..moga isu ini akan dapat diselesaikan yang seterusnya membawa sabah ke arah yang lebih baik untuk rakyat..

    ReplyDelete
  2. mykad hanya untuk rakyat tempatan sahaja, mmg perlu disiasat jika terdapat pemberian mykad kepada warga asing.

    ReplyDelete
  3. isu pemilikan MYkad dikalangan warga asing perlu disiasat dan diselesaikan degn segera.

    ReplyDelete
  4. mykad tidak patut ada pada warga asing sekiranya tidak mempunyai syarat lulus memiliki mykad tersebut. hanya rakyat tempatan patut memiliki mykad tersebut.

    ReplyDelete
  5. kes ini hendaklah disiasat dan dipantau dari semasa ke semasa untuk mengelakkan pengeluaran MyKad kepada PTI dapat diselesaikan. bukti dan 'self-awareness' dari dari org ramai amat diperlukan demi membantu menyelesaikan isu yang telah hangat diperkatakan di kalangan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  6. Nanny, saya setuju dengan Nanny, yang mana siasatan amat la dialu-alukan bagi membuktikan terdapat penyelewengan dalam pemberian Mykad kepada warga2 asing...

    ReplyDelete
  7. pemberian mykad tidak dibenarkan sama sekali kepada orang asing, walaubagaimanapun byk dakwaan bahawa ramai warga asing yang telah memiliki mykad, perkara ini perlu disiasat dgn segera bagi memastikan tiada pemalsuan mykad berlaku.

    ReplyDelete
  8. Harap2x isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum ia bertambah serius.

    ReplyDelete
  9. tidak dinafikan, terdapat banyak laporan bahawa ramai PATI yang memiliki kad pengenalan. namun laporan sahaja tidak cukup, pihak yang bertanggungjawab memerlukan bukti2 agar tindakan susulan dapat diambil. oleh itu, saya harap pihak2 yang berkenaan tampil dengan bukti2 yang diperlukan.

    ReplyDelete
  10. Untuk orang local saja. No asing allowwww..

    ReplyDelete
  11. JPN tidak akan keluarkan mykad kepada bukan warga negara malaysia, dan tidak akan mengeluarkan kepada pendatang atau warga asing. hal ini haruslah disiasat.

    ReplyDelete
  12. Badan bebas, berkecuali & x berkepentingan harus ditubuhkan kalau nak siasat perkara ini...ini kes yg berat & byk perkara yg perlu ditimbangkan ketika siasatan hendak dimulakan...lepas tu jika hasil siasatan sudah dikeluarkan, apa tindakan yg dapat diambil seterusnya?

    ReplyDelete