Thursday, June 24, 2010

Ucapan Bahas MP Tuaran di Parlimen

Pencapaian Malaysia

Rancangan Malaysia KeSepuluh (RM10) yang dibentangkan menunjukkan komitmen Kerajaan pada rakyat Nagara ini dan menekankan pembangunan yang mampan dan pembelaan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Rancangan ini ambitious tetapi diukur mengikut jangkaan keupayaan ekonomi Negara dalam 5 tahun akan datang.

Kejayaan ekonomi Malaysia di bawah YAB Perdana Menteri mencapai penumbuhan ekonomi 10.1 peratus pada suku pertama 2010 adalah satu kejayaan besar yang patut dibanggakan.Namun pertumbuhan yang luar biasa ini berbanding dengan kedudukan sebelum ini jelas dipancu oleh “Public Spending” dalam bentuk dua package ransangan yang telah dlbelanjakan Kerajaan tahun lalu.Namun jelas terbukti bahawa package tersebut bukan sahaja berjaya mengeluarkan Negara dari kemelut kemorosotan ekonomi malah menghasilkan satu pertumbuhan yang tinggi dalam suku pertama tahun 2010. Walau bagaimanapun pertumbuhan KDNK tidak bolih dipancu oleh perbelanjaan kerajaan “PUBLIC SPENDING” dalam jangka masa panjang. Ini jelas diakui oleh kerajaan apabila ditegaskan dalam RM10 bahawa pihak swasta akan menjadi pemancu utama ekonomi Negara sepanjang 5 tahun akan datang.

Tidak dapat dinafikan bahawa Rancangan Malaysia ke10 ini mempunyai pendekatan yang berlainan daripada Rancangan-rancagan pembangunan sebelum ini. Satu ciri yang sangat penting dalam rancangan ini ialah ianya tldak lagi berasaskan sasaran kaum. Dalam ucapan pembentangannya YAB Perdana Menteri menyatakan “Kita keluar daripada bertindak dalam tembok etnik yang kita amalakn sejak sekain lama.” Saya percaya pendekatan ini di ambil dengan mengambil kira keptusan PRU12 (Pilihanraya Umum Ke-12) yang lalu dan mesej yang diutarakan oleh rakyat kebelakangan ini.

Olih kerana kakangan masa yang diberi maka saya akan hanya menyentuh beberapa perkara yang spesifik.

1. PEMBASMIAN KEMISKINAN

DEB (Dasar Ekonomi Baru) dilapurkan berjaya mengurangkan kemiskinan rakyat daripada hampir 50 peratus daJam tahun 1970 kepada kurang 3.8 peratus kini. Di Sabah juga kemiskinan dikatakan telah menjunam daripada 114,200 isi rumah dalam Laporan Penyiasatan Isi rumah 2004 kepada hanya 21,000 isi rumah miskin pada 2009. Disasarkan pada tahun 2015 kemiskinan dapat dikurangkan kepada tahap 2 peratus, menjadikan Malaysia Negara yang paling berjaya membasmi kemiskinan di dunia.

Saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan lapuran kerajaan mengenai kedudulcan tarap kemiskinan ini tetapi saya melihat di kawasan saya Tuaran jumlah keluarga miskin masih ramai. Dalam lapuran e-kasih bertarikh 28hb April 2010 jumlah keluarga miskin tegar di Tuaran ialah 626 dan keluarga miskin ialah 1,020. Saya ingin memaklumkan dewan ini bahawa saya telah mengadakan satu kajian banci secara sampling di kawasan saya pada tahun 2009. Kajian ini komprihensif dan menggunakan kaedah lawatan dari rumah ke rumah yang terlibat. Data yang saya akan bentangkan adalah berdasarkan data hasil kajian yang intensif di 45 buah kampung di Tuaran, satu kajian yang merupakan kajian isirumah yang melihat keadaan sosio ekonomi dan kemudahan asas di peringkat kampung. Hasil kajian menunjukkan 42 peratus isi rumah dalam kajian berada dalam kemiskinan tegar dan 20 peratus lagi adalah dikategorikan miskin relatif. Saya amat terkilan sekali bahawa tahap kemiskinan 62 peratus di Tuaran adalah lebih tinggi daripada kemiskinan di Malaysia sebelum DEB. Saya percaya juga realiti di Tuaran merupakan realiti di kebanyakan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.


56 peratus penduduk dalam kajian ini bergantung pada air graviti yang menurut World Health Organization diklasfikasi sebagai “untreated water.” Rancangan Malaysia Kesepuiuh menyarankan penyediaan air paip untuk 98 peratus rakyat di Sabah. Saya ucap terima kasih kerana ada peruntukan untuk naik tarap bekalan air di Tuaran. Walau bagaimanapun memandangkan keadaan permukaan tanah yang berbukit-bukau di Tuaran saya berpendapat sasaran 95% bekalan air dalam tempoh RM10 sukar untuk dicapai. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menggunapakai kaedah “in-situ treatment” yang sudah ada untuk mengatasi masalah inl.

MASALAH PENDATANG TANPA IZIN

Saya kecewa kerana Rancangan MaIaysia Ke-10 tidak mengandungi apa-apa perancangan kerajaan untuk mengatasi dan menyelesaikan masaalah pendatang tanpa izin terutamanya di negeri Sabah, satu-satunya negeri yang dilanda oleh masaalah ini. Perkara ini telah berkali-kali ditimbulkan dalam Dewan ini oleh beberapa Ahli Parlimen dari Sabah sejak sekian lama. Namun jawapan yang diberi olih kerajaan mencerminkan seolah-olah kerajaan mengelak isu ini. Oleh kerana kerajaan terus-menerus membisu datam perkara ini maka ianya menimbulkan sangkaan rakyat Sabah sama ada kerajaan persekutuan mempunyai perancangan atau program tersembunyi dalam hal masalah pendatang haram ini.

Masalah pendatang tanpa izin ini berkait langsung dengan isu pembasmian kemiskinan di Sabah di mana dilapurkan terdapat jumlah insiden kemiskinan yang kedua terbanyak di Malaysia. Kehadiran jutaan pendatang tanpa izin ini sudah tentu meningkatkan jumlah penduduk yang miskin di negeri Sabah. Mereka ini menikmati kemudahan yang dilberi oleh kerajaan, saperti kesihatan, pelajaran, keselamatan dan sebagainya. Seharusnya keadaan ini memerlukan program yang kongkrit dalam RMKe-10. Saya ingin bertanya kepada YAB Perdana Menteri apakah program kerajaan persekutuan untuk mengatasi masaalah in dalam 5 tahun akan datang?

Saya juga ingin bertanya kepada Kementerian dalam Negeri sama ada isu pendatang asing tanpa izin termasuk dalam KPI sebagai keutamaan Kementerian?

Saya telah memobon dalam Dewan Yang Mulia ini kepada Menteri Dalam Negeri agar beliau dapat menjelaskan kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah bahawa tiada MyKad diberi [dikeluarkan] kepada pendatang asing tanpa izin. Beliau telah menyatakan tiada MyKad / Kap Pengenalan telah diberikan dan beliau meminta jika ada butir dan bukti agar disampalkan kepada beliau untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri. Saya akan sampaikan butiran dan bukti. Tetapi saya minta jaminan dari Menteri bahawa tindakan konkrit dan tegas akan diambil ke atas maklumat tersebut.


Masaalah pendatang tanpa izin pemah dibawa kepada Jawatankuasa Integriti pada tahun 2006. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat di Kota Kinabalu untuk mendengar keterangan dari beberapa pihak. Apabila Jawatankuasa tersebut bermesyuarat di Kuala Lumpur, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen telah dipanggil untuk mereka memberikan penjelasan tetapi malangnya mereka enggan untuk hadir menyebabkan Pengerusinya YB Tan Sri Bernard Dompok meletakkan jawatan sebagai pengerusi atas dasar prinsip. Saya percaya banyak maklumat terdapat pada Jawatankuasa ini dan kalau pihak kementerian betul-betul mahu mengambil tindakan maka mereka boleh perolehi maklumat ini dari Jawatankuasa tersebut.

RANCANGAN MALAYSIA KE-10

Rancangan Malaysia kesepuluh yang bertemakan “Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial” secara amnya memberi penekanan yang khusus untuk membawa pembangunan kepada masyarakat yang terpinggir dan dalam masa yang sama memberi focus untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara gergasi dalam bidang ekonomL

Untuk Sabah, penekanan pada penyediaan air paip untuk 98 peratus penduduk merupakan satu usaha yang diperlukan. Demikian juga penyedian bekalan letrik untuk semua isirumah dan menambah jaringan jalanraya sepanjang 2,540 kilometer.

Bantuan khas akan juga diberikan kepada masyarakat minoriti Sabah yang terpinggir seperti Bisayah, Orang Sungei, Rungus, Tidong dan Suluk. Penyediaan rumah bagi mereka yang miskin juga akan diberi perhatian. Saya ingin bertanya kenapa suku kaum Kadazandusun tidak digolongkan sebagai kaum yang terpinggir sedangkan kaum ini pada keseluruhannya merasakan mereka juga tertinggal dalam banyak aspek.

Untuk membolehkan semua kaum maju bersama, kerajaan harus melaksanakan dan mengamalkan dasar yang terbuka dan adil kepada semua dalam semua bidang seperti dalam perkhidmatan kerajaan, peluang perniagaan dan sebagainya. Pemimpin mencetuskan dasar yang baik tetapi selama ini banyak insiden di mana pegawai pelaksana dasar mengamalkan dirkriminasi. Untuk membolehkan gagasan 1Malaysia itu benar-benar berjaya dalam erti kata yang sebenarnya saya mencadangkan agar YAB Perdana Menteri mengarahkan agar satu mekanisme pemantauan di semua peringkat agar amalan diskriminasi dapat dicegah. Ini sangat penting kerana selagi ada kaum yang merasa terpinggir dan didiskriminasikan maka selagi itulah objektif Satu Malaysia tidak akan tercapai.

Perlu juga saya utarakan sekali lagi ada korelasi di antara inflasi dan kemiskinan. Kajian di Tuaran membuktikan bahawa barangan pengguna dan pengangkutan awam di kampung meningkat kos sebanyak 39 peratus akibat daripada kenaikan harga minyak. Akibatnya ialah, yang miskin bertambah miskin dan yang dikategorikan sebagai relatif miskin menjadi miskin tegar. Pendek kata kemiskinan di luarbandar meningkat secara drastik. Perlu diketahui juga akibat "sticky prices” maka harga barang tidak menurun walaupun harga minyak sudah menurun. Malah 63 peratus penduduk mengatakan bahawa kos hidup meningkat mendadak sejak 2008. Kerajaan harus berhati-hati dengan saranan dalam RMKeI0 bahawa penghapusan subsidi perlu dilaksanakan tanpa memberikan kaedah yang spesifik bagaimana masvarakat miskin di luar Bandar akan dibantu. Kenaikan harga barang akan meningkatkan kadar kemiskinan di luar bandar untuk kali kedua sejak 2008.

Saya ingin menyentuh dua perkara khusus dalam kawasan Tuaran. Pertamanva saya harap kerajaan melaksanakan pembinaan hospital Tuaran tanpa lengah lagi kerana rakyat Tuaran sudah sekian lama menderita kerana ketiadaan hospital berkatil memandangkan kesesakan di hospital Kota Kinabalu.

5aya juga memyu agar kerajaan melaksanakan jambatan penghubung dua wilayah Tuaran. Penduduk yang tinggal disebelah sungai Tuaran terpaksa mengarnbil masa selama setengah jam untuk pergi ke Pekan Tuaran. Projek Jambatan yang dipohon membolihkan mereka sampai ke pekan Tuaran hanya daJam masa 3 minit. Projek ini sudah sekian lama dinanti-nantikan oleh rakyat tempatan.

1 comment:

  1. Ucapan bahas yang menyeluruh bukan sahaja kepada Tuaran tetapi kepada Sabah amnya... teruskan keberanian ini Datuk Seri.

    ReplyDelete