Monday, June 21, 2010

Bumburing Terima Cabaran Hishamuddin

Oleh Mutalib M.D.

IBARAT kata pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Begitulah iltizam Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing sebelum mengemukakan soalan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin berhubung isu pendatang asing yang diberikan taraf kerakyatan songsang di Sabah.
“Saya terima cabaran Datuk Seri Hishamuddin demi masa hadapan Sabah dan keselamatan generasi akan datang. Saya akan mengemukakan bukti yang beliau kehendaki dalam masa yang terdekat; bukan kerana saya menentang dasar kerajaan, tetapi ingin membela kepentingan Sabah dalam Persekutuan Malaysia,” ujar Wilfred dalam pertemuan khas dengan Editor Sabahkini.net di sebuah hotel terkemuka kelmarin.
Tidak dapat tidak, kata Wilfred, beliau wajib tampil dengan bukti yang melampaui keraguan munasabah demi kepentingan seluruh rakyat Sabah yang diranjau masalah kerakyatan songsang sejak 1972 lagi dan kini semakin parah ekoran kehadiran generasi kedua, ketiga dan seterusnya yang dilahirkan oleh mereka yang mendapat kerakyatan songsang.
“Dalam hal ini, saya bukan mencabar Datuk Seri Hishamuddin tetapi beliau mencabar saya dan seluruh rakyat Sabah untuk membuktikan dan mendedahkan X-Files yang menjadi kebimbangan kami selama ini,” ujar Bumburing yang menegaskan bahawa isu ini bukan lagi menjadi rahsia lagi di Sabah dan telah menjadi isu nasional kerana ratusan ribu mereka yang mendapat kerakyatan songsang kini berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan Negara luar.
Kerakyatan songsang ini, kata Wilfred, bukan sahaja melibatkan pendatang tanpa izin atau pendatang haram Filipina, Pakistan dan Indonesia, malah warganegara China dan India yang telah mendominasi ekonomi dan politik tempatan Sabah.
“Saya amat berbesar hati sekiranya Datuk Seri Hishamuddin dapat menyelesaikan masalah yang menjadi trauma kepada rakyat Sabah selama ini kerana semua Menteri Dalam Negeri sebelum ini yang gagal menyelesaikan masalah tersebut secara tuntas kerana tidak ada ‘political will’.
Dengan kesungguhan Hishamuddin mencabar beliau, kata Wilfred, membuktikan keikhlasan Hishamuddin untuk menjaga Sabah yang diberi jolokan sebagai ‘Fixed Deposit’ Barisan Nasional dan menyuci dosa pemimpin lalu yang mengabaikan keluhan rakyat Sabah.
Krisis identiti dan kerakyatan songsang kata Wilfred telah memasuki fasa kronik sehingga melibatkan tapisan keselamatan menjadi longgar kerana telah terbukti mereka yang mendapat kad pengenalan projek sudah boleh menjadi Adun dan isteri kepada Ahli Parlimen.
“Beri peluang dan sedikit masa kepada saya untuk menyediakan bukti nyata yang selama ini menjadi bom jangka di Sabah. Semoga rakyat Sabah bersama saya,” ujar Wilfred yang memerlukan sokongan moral daripada Anak Jati Sabah yang selama ini dihimpit dengan pelbagai isu yang berpunca daripada kerakyatan songsang yang telah menafikan hak mereka memilih kerajaan mengikut kemahuan diri dan menjurutera masa hadapan mereka sendiri.
Apabila siap kelak, kata Wilfred, beliau akan mengemukakan bukti tersebut untuk dianalisa oleh semua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan isu kerakyatan songsang secara holistik dan bijaksana.


Lihat Selanjutnya di: http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=4326:wilfred-terima-cabaran-hishamuddin&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

11 comments:

  1. rakyat sabah menyokong segala usaha yang dilakukan bagi menyelesaikan isu ini yang telah sekian lama menyelimuti kehidupan anak jati sabah..moga Datuk wilfred akan dapat mengemukakan bukti2 tersebut segera..rakyat sabah memberikan sokongan kepada Datuk..

    ReplyDelete
  2. bukti2 itu nanti menentukan kebetulan datuk wilfred. apa pun, kerajaan akan menyelesiakan masalah ini sebelum perkara ini menjadi lebih serius. Rakyat sabah akan menyokong tindakkan Datuk wilfred untuk kebaikan rakyatnya.

    ReplyDelete
  3. Jika anda di pihak yang benar, semoga berkat Tuhan bersama anda.

    ReplyDelete
  4. Datuk Wilfred perlu menunjukkan bukti itu dgn segera. ia penting bagi menyelamatkan negeri Sabah daripada terus dibelenggu oleh warganegara songsang ini. rakyat sabah akan terus menyokong Datuk.

    ReplyDelete
  5. Bagi menyelesai kan isu ini, bukti adalah penting. Moga-moga Datuk Wilfred dapat menyediakan bukti nyata. Rakyat Sabah akan sentiasa menyokong tindakan beliau.

    ReplyDelete
  6. harap dgn adanya bkti yang akan dikemukakan oleh Datuk Wilfred, ia akan dapat membuka mata orang ramai mengenai masalah kewarganegaraan songsang yang wujud di sabah.

    ReplyDelete
  7. kewarganegaraan songsang memang wujud di Sabah, ia telah lama berlaku di sabah. datuk Wilfred akan tunjukkan juga bukti itu nanti, tindakan perlu diambil segera bagi menangani isu kerakyatan songsang di sabah ini.

    ReplyDelete
  8. inilah semangat dan tindakan yang dinanti2 oleh rakyat Sabah selama ini.. semoga Datuk Wilfred dapat mengemukakan bukti2 tersebut dan seterusnya mengambil tindakan susulan bagi menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  9. Harap kamu pandai pandailah.

    ReplyDelete
  10. Jangan sekadar melepas batuk di tangga...berita ini suda tersebar di kalangan rakyat jadi kena buat betul2...

    Tapi jika tiada apa2 halangan, sya yakin Bumburing mampu lakukan apa yg mustahil...

    ReplyDelete
  11. inilah salah satu gaya pemimpin iaitu untuk menegakkan kebenaran apa yang berlaku dan menolong rakyat. Datuk wilfred akan memberi bukti apa yang beliau cakapkan.

    ReplyDelete