MP Datuk Wilfred M. Bumburing
Tuaran (26 Oktober 2010 Di Dewan Parlimen)
Pada keseluruhannya saya mengalu-alukan belanjawan tahun 2011. Walau bagai mana pun saya kecewa kerana tiada penekanan kepada satu masaalah utama yang dihadapi oleh Sabah ia itu masaalah pendatang tanpa izin-PTI, seolah-olah masaalah ini tidak wujud. Saya juga kecewa kerana masaalah PTI ini tidak pun termasuk dalam NKRA kerajaan. Apa bila kita tanya kerajaan mengenai perkara ini jawapan yang kita terima ialah kerana masaalah ini tidak di anggap sangat penting. Sudah sekian lama kita tekan kan bahawa kehadiran PTI di Sabah telah menyebabkan bebagai masaalah termasuk, JENAYAH, EKONOMI, SOSIAL, KESELAMATAN DAN POLITIK. Dalam soal jenayah, tidak dapat dinafikan bahawa kebanayakan kes jenayah termasuk pembunuhan, rompakan, ragut, kecurian, rogol, dadah, pencemaran dan pengeboman laut di sekeliling Sabah adalah melibatkan pendatang tanpa izin. Mereka ini telah membawa budaya mereka ke Sabah dan sudah mula mempengaruhi generasi muda di Sabah dengan ‘ culture of violence’ atau budaya kegenasan mereka.
Fabrik sosial di Sabah sekarang ini sudah jauh berubah sejak beberapa dekad kebelakangan ini di sebabkan kehadiran pendatang tanpa izin. Di sesetengah pekan di Sabah orang tempatan sudah tidak berani untuk masuk tempat-tempat tertentu kerana kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai. Saya ambil contoh di kawasan saya, Tuaran. Dalam sebuah perumahan di mana bekas setingaan dari daerah Kota Kinabalu ditempatkan, kita terima keluhan penduduk tempatan yang tinggal di sana bahawa gejala dadah, arak dan jenayah sudah menjular dan mempengaruhi orang-orang muda. Saya dimaklumkan bahawa arak dijual secara terbuka oleh mereka yang tidak mempuyai lessen untuk menjual dan penjualnya juga adalah orang asing yang memegang MYkad. Saya terus mohon kementrian dalam negeri menyiasat perkara ini kerana perkembangan ini sangat merunsingkan.
Saya sedar bahawa perkara ini sudah dibawa ke dewan ini sejak beberapa lama sudah. Walau bagai mana pun selagi tidak ada penyelesaian yang jelas dan terbukti maka selaku ahli parliarmen dari Sabah adalah menjadi tanggung jawab saya untuk terus meminta kepada kerajaan untuk mengambil tindakan penyelesaian.
Saya telah bertanya dalam dewan ini dalam sessi yang lalu sama ada benar bahawa ada kad warganegara di beri kepada orang asing di Sabah. Jawapan yang saya terima ialah tiada dan Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa kalau ada bukti beliau minta diberikan kepada beliau. Saya ingin memaklumkan bahawa perkara sedang dibuat. Saya minta supaya apabila bukti itu disampaikan tindakan perlu diambil segera.
Saya terbaca kenyataan ketua polis di Keningau yang tersiar dalam berita tempatan pada 6hb Oktober 2010 (QUOTE). Kenapa orang Indonesia dan orang Philipina mempuyai MYKAD, bagai mana mereka memperolehi MYAD Ini. Kenapa orang asing yang tidak ada dokumen boleh dijamin oleh majikan? (UNQUOTE) Saya minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan perkara ini. Kita tahu ini melibatkan kedaulatan negara kita dan tidak boleh dianggap reme. Adakah kementerian mengambil tindakan terhadap ketua polis berkenaan kerana gagal mengambil tindakan yang sepatutnya demi mepertahankan undang-undang dan kedaulatan Negara.
Saya meneliti dalam buku belanjawan saya tidak melihat apa peruntukan khusus untuk menyelesaikan perkara ini. Setiap kali pertanyaan dibentang dalam dewan ini jawapan yang kita terima ialah saperti biasa saja tanpa menawarkan apa-apa perancanagan yang khusus. Saya minta agar kerajaan memberi penjelasan dalam perkara ini.
UNIT KHAS BERGERAK JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
Saya sangat mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk menyediakan Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran negara untuk mendaftar rakyat di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak. Masih banyak rakyat di Sabah yang belum mempunyai MYKAD. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang berasal dari Sarawak mengumumkan bahawa 40,000 rakyat di Sarawak masih belum mempunyai MYKAD dan 30,000 yang tidak mempuyai surat beranak dan MYKAD. Keadaan ini sangat menyedihkan dan kerajaan haruslah memberi tumpuan kepada perkara ini kerana mereka yang tiada dokumen ini menghadapi berbagai masaalah dan ternafi dari hak seperti mana rakyat yang lain nikmati. Selain daripada ini masih ada rakyat Malaysia di Sabah yang masih memegang kad merah. Mereka berusaha bertahun-tahun untuk memohon kewarganegaraan tetapi terumbang- ambing dari jabatan Pendaftaran di Kota Kinabalu dan Putrajaya. Kenapa ini berlaku sedangkan orang asing dari Philipina dan Indonesia dengan senang dapat MYKAD seperti yang tersiar di Keningau.
Saya mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri ia itu “kejayaan menuntut kepada perubahan dan pembaharuan” dan ia tidak boleh lagi berdikit-dikit tetapi menghambat lonjakan mega.” Seterusnya beliau mengatakan bahawa “Perubahan bukan lagi sebagai satu opsyen tetapi satu imperatif”
Pendirian saya dalam perkara ini ialah perubahan yang sangat penting ialah sikap setiap rakyat Malaysia terhadap sesama sendiri, ianya perubahan dari pada sikap terperangkap kepompong perkauman kepada sikap kekitaan yang mantap. A STRONG SENSE OF BELONGING. Kita harus menerima semua kaum sebagai rakyat Malaysia yang sabenarnya, tanpa ada perasaan dan tanggapan bahawa ada pihak yang lebih berhak dari yang lain. Apa yang perlu ditekan ialah membantu golongan rakyat Malaysia mundur, terpinggir dan miskin tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Kita telah merdeka selama 50 tahun. Dalam satu dua dekad yang lalu saya perhatikan perpaduan rakyat Malaysia sudah baik. Program saperti “Kongsi Raya” disambut baik oleh rakyat dan telah wujud perasaan baik “good feeling” di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi pada hari ini suasana ini tidak terasa lagi.
YAB Perdana Menteri mencetuskan gagasan 1 Malaysia untuk tujuan menyatupadukan rakyat. “Think Malaysian first”. Namun jelas ada pihak yang tidak menerima ajakan Perdana Menteri ini. Jika sekiranya keadaan ini tidak berubah kepada yang baik, saya khuatir apa juga program yang di atur oleh kerajaan tidak mendapat kejayaan sepenuhnya.
Saya tekankan soal perpaduan ini kerana perubahan inilah yang paling penting dari segala-gala perubahan.
MODAL INSAN
Dalam usaha kita untuk membangun ekonomi Negara satu faktor yang sangat penting ialah Modal Insan. Kalau pun Negara kita mempunyai sumber yang banyak, tetapi kalau kita tidak mempunyai modal insan yang mahir dan terlatih maka sumber tersebut tidak dapat digunapakai dan diurus secara optimum. Kita harus belajar daripada contoh dari Negara yang tidak mempunyai sumber tetapi dengan sumber manusia yang mahir Negara-negara tersebut talah maju, seperti Jepun dan Singapura. Negara Jepun telah kalah dalam peperangan dan tidak mempunyai sumber semula jadi tetapi dengan perancangan yang baik dalam melatih sumber manusia, dan dengan rakyat yang bersatu padu maka Jepun mampu timbul sebagai satu Negara yang maju dan dihormati.
Adalah sangat penting juga untuk mempastikan agar tenaga manusia yang terlatih dan mahir terus tetap dalam Negara kita. Brain drain yang berlaku dalam tahap yang tidak terkawal akan menyebabkan kerugian kepada Negara. Adalah dianggarkan sebanyak 300,000 hingga 1 juta rakyat Malaysia bekerja di luar Negara. Dan separuh daripaada jumlah ini adalah graduan. Kerajaan perlu untuk mengkaji sebab kenapa begitu ramai rakyat Malaysia yang keluar untuk berkerja. Adakah ianya disebabkan hanya untuk mengejar gaji yang tinggi? Atau adakah suasana bekerja di Negara kita tidak menawar suasana bekerja yang baik untuk mereka? Ada sesetengah pihak yang memberi komen bahawa kalau mereka tidak suka bekerja di Malaysia biarlah mereka pergi keluar. Pendirian ini adalah sangat sempit serta tidak mengambil kira betapa kerugian Negara apabila ramai pekerja yang keluar ke Negara lain untuk bekerja. Ada juga maklumat yang kita dengar bahawa salah satu sebab mereka ini keluar ialah suasana bekerja di Negara ini tidak membolehkan “the best brain” untuk maju, ia itu terdapat unsur diskriminasi dan sebagainya. Kerajaan perlu mengambil langkah untuk memperbaiki sistem pekerjaan di Negara ini supaya pekerja merasa selesa dan mempunyai perasaan dan semangat kekitaan. Kalau tidak peruntukan kerajaan yang berbillion ringgit untuk pendidikan dan latihan tidak akan mencapai matlamatnya.
PENDIDIKAN
Berkaitan dengan pendidikan juga adalah sangat penting adanya para pendidik yang professional. Saya ingin tahu apakah rasioanalnya langkah kerajaan membenarkan guru-guru dalam pangkat kanan untuk melibatkan diri dalam politik? Bukankah lebih baik guru-guru ini menumpu seluruh masa dan perhatian terhadap soal pendidikan? Penglibatan mereka dalam politik akan banyak menggangu profesionisme mereka dan akan mewujudkan para guru dan pendidik yang cenderung kepada politik mereka. Maka akan wujudlah kes di mana guru besar yang mengeluarkan kenyataan sensitif seperti di Johor. Syabas kepada YAB Perdana Menteri kerana beliau berpendirian bahawa “ PENDIDIKAN ITU HARUSLAH LAMPAU POLITIK-EDUCATION MUST BE APOLITICAL”.
Saya telah sentuh tentang isu perpaduan awal tadi. Memandangkan keadaan semasa yang agak merunsingkan saya ingin cadangkan agar kerajaan memperkenalkan mata pelajaran yang ada kaitan dengan perpaduan di peringkat awal dalam pendidikan. Di peringkat kanak-kanaklah yang sebaik-baiknya kita menyemaikan semangat perpaduan dan semangat saling hormat menghormati antara kaum. Program REMUP yang diperkenalkan oleh jabatan Pendidikan adalah baik tetapi saya kira belum mencukupi.
Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan oleh kerana terus memberi bantuan kepada sekolah-sekolah bukan kerajaan saperti sekolah agama, sekolah Tamil, sekolah Cina dan Sekolah Missionaries. Dengan peruntukan sebanyak RM250 juta kerajaan terus memperakui peranan penting institusi-institusi ini kepada pendidkan di Negara ini.
SKIM AMANAH HARTANAH BUMIPUTRA
Saya juga alu-alukan penubuhan Amanah Hartanah Bumiputra dengan tabung 1b billion ringgit. Dalam Model Ekonomi Baru kerajaan mengambil pendekatan liberal dalam pemilikan modal dalam ekonomi Negara. Namun usaha masih diperlukan untuk membantu bumiputra untuk turut memiliki dalam hartanah utama dalam Negara. Saya hanya memohon kepada kerajaan agar peluang ini dibagi secara menyeluruh di kalangan kaum bumiputra dalam Negara terutama sekali di Sabah dan Sarawak yang mana penglibatan kaum bumiputra tempatan dalam perniagaan sangat minima dan impak DEB tidak ketara.
OIL, GAS AND ENERGY INDUSTRY
Dalam belanjawan, kerajaan bercadang untuk membina Pusat Perkhidmatan Dan Peralatan Minyak bernilai RM6 billion di Johor dan Projek Regasification bernilai RM3billion di Melaka. Sabah adalah antara penyumbang pendapatan minyak oleh Petronas. Kenapa tidak dipertimbangkan untuk mendirikan salah satu projek ini di Sabah sebagai menghargai sumbangan Sabah. Saya merayu kepada kerajaan supaya mengagi-agihkan pelaburan di seluruh Negara terutama wilayah yang mundur supaya ianya menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri tersebut.
TEKNOLOGI HIJAU
Saya mengalu-alukan kommitmen kerajaan untuk memajukan teknoloji hijau. Dengan keadaan bekalan tenaga letrik yang di Sabah yang begitu bermasaalah saya mengesah kerajaan untuk mengalakkan syarikat yang berminat untuk melabur dalam projek penjanaan letrik yang menggunakan kaedah bio-mas yang banyak terdapat di Sabah dan solar harvest. Penyiapan projek saperti ini adalah lebih cepat berbanding dengan projek Loji janakuasa Kitar Padu Gas 300 mega watt di Kimanis supaya masaalh bekalan letrik dapat di atasi dengan segera.
SEKTOR PERTANIAN
Masaalah utama yang di hadapi di Sabah ialah pengeluaran padi yang begitu rendah ia itu hanya sebanyak 30%. Ini disebabkan pertumbuhan penduduk berikutan dengan kehadiran pendatang tanpa izin yang begitu ramai. Saya mengalu-alukan program kerajaan persekutuan untuk membangun kawasan padi di Sabah yang mana sekarang ini sedang berjalan dan saya berharap perlaksanaannya dipercepatkan dan terus diberi peruntukan.
Tan Sri Speaker
Dalam ucapan belanjawannya Perdana Menteri telah mengatakan bahawa kerajaan, dalam usaha untuk mewujudkan ekonomi perpendpatan tinggi, menggalakkan petani menceburi dalam bidang pertanian bernilai tinggi. Saya tertarik dengan dua bidang yang telah di sentuh ia itu INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT DAN HERBA.
Kerajaan telah mncadangkan peruntukan sebanyak RM135 juta untuk industri ini tetapi belum ada dasar kerajaan yang menyeluruh yang menyelia dan mengawal industri ini. Pada hari ini sudah begitu ramai pihak yang telah menceburi dalam perusahan ini di seluruh Negara ini. Bangunan burung walit tumbuh di sana sini termasuklah di pekan dan Bandar di mana kedai komersial ditukar mejadi rumah burung sehingalah menyebabkan ada pihak yang membantah. Ramai yang menceburi perusahan ini kerana ianya menguntungkan, jauh lebih menguntungkan berbanding dengan perusahan pertanian yang lain saperti sawit, getah dan yang lain-lain. Yang istemewa dalam industri ini ialah, pengusaha bukan keluar untuk mencari hasil tetapi burung walit yang datang membawa hasil kepada pengusaha. Kos pengendalian adalah sangat minima kerana burung walit tidak paya diberi makan dan kawasan tanah yang diperlu ialah kecil sahaja.
Maklumat dari pengusaha-pengusaha menunjukkan bahawa pendapatan dari industri ini sangat lumayan; saya buat perbandingan:
1Tahun
Sawit 1 ekar menhasil 1 Ton Harga RM700/bln RM8,400
Burung Walit 20’ X 70’ menhasil 1 KG HargaRM4,500 / RM54,000
Saya telah melawat beberapa rumah burung di Negeri Sembilan baru-baru ini dan mengikut keterangan dari pengusaha satu pintu kedai sarang burung, ianya menhasilkan 4-5 kg sebulan dengan pendapatan RM22,500 sebulan. Pengusaha memaklumkan saya hasil pendapatan ini membolehkan beliau mampu membawa keluarga beliau melancung setiap tahun.
Maklumat yang kita terima menunjukkan bahawa hasil pengeluaran seluruh Negara pada masa ini ialah sebanyak 243 ton dengan nilai sebanyak RM1.093 billion dan berpotensi untuk berkembang dengan kadar sekurang-kurangnya 30% setahun dan pada tahun 2015 industri ini akan memberi pulangan pendapatan sebanyak RM4.059 billion. Negeri pengeluar terbesar sekarang ini ialah negeri Pahang dengan keluaran sebanyak 35 ton. Saya difahamkan industri ini pantas berkembang di Sarawak.
Seperti yang saya katakan tadi pada masa ini tidak ada undang-undang atau akta yang menyelia industri ini. Apa yang berlaku ialah beberapa agensi kerajaan yang terlibat menyelia industri ini saperti Jabatan Pertanian, Hutan dan Haiwan dan Hidupan Liar mengikut kesesuian negeri masing masing. Potensi industry ini sangat menggalakan bukan saja dari segi pelaburan dalam negeri tetapi juga pelaburan dari luar negeri dan juga kesan over-flownya luas dari segi pembinaan, pelancungan, pekerjaan dan sebagainya.
Oleh yang demikian saya ingin membuat beberapa cadangan kepada kerajaan:
Menubuh satu undang-undang khas untuk industri ini.
Memberi masa 10-15 tahun kepada kedai dalam Bandar yang digunakan sebagai sarang burung supaya mereka mempunyai masa untuk melabur di kawasan Luar Bandar.
Menghentikan penggunaan kedai baru untuk mengelak masalah berlaku.
Menyelia perusahan dari segi kebersihan
Memberi sokongan saperti bebas cukai pendapatan dalam beberapa tahun saperti mana yang diberi kepada pelabur asing yang melabur dalam sektor tertentu dulu.
Mengurangkan cukai eksport buat beberapa ketika.
R & D & C
Peruntukan sebanyak RM411 untuk R & D adalah sangat dialu-alukan. Saya berharap bantuan ini juga dipanjangkan kepada pihak swasta dan perseorangan yang telah menceburi dalam bidang ini. Saya ingin menyentuh satu perkara dalam hal ini ia itu keraguan oleh setengah pihak ke atas hasil R&D mereka. Ada terdapat kes di mana apabila mereka ini diminta untuk mengemukakan hasil penemuan mereka kepada pihak sirim, teknologi mereka dicolek atau dihijack dan diberi kepada pihak yang lain. Ini menyebabkan mereka enggan tampil ke depan untuk mengemukan penghasilan mereka kepada kerajaan. Saya minta pihak pihak kerajaan mengambil perhatian terhadap perkara ini dan mengambil tindakan yang sesuai untuk mempastikan hasil kajian yang berkenaan terjamin dan selamat. Kalau perkara ini tidak ditangani maka saya khuatir pihak yang berkenaan enggan unutk tampil ke depan untuk mengemukakan hasil kajian mereka.
UMUM
Saya ingin menyentuh beberapa perkara secara khusus dan ringkas.
RM2.1 billion untuk menaik taraf jalan raya Sabah dan Sarawak.
Saya berharap cadangan projek jalan raya dan bekalan letrik yang dikenalpasti dalam senarai NKRA dilaksanakan tahun depan. Salepas 50 tahun merdeka masih ada kampung yang belum ada jalan raya dan beberapa kampung yang belum menikmati bekalan letrik.
RM297 juta bagi penanaman klon sawit bermutu tinggi.
Saya menyeru kepada Kerajaan supaya mana-mana klon sawit bermutu tinggi yang dihasilkan sama ada oleh institut kerajaan atau pun syarikat swasta diberi lesen untuk menjual dengan kadar segera supaya pekebun tempatan dapat menikmati hasilnya. Kalau mereka tidak diberi lesen maka saya khuatir benih-benih ini jatuh ke negara asing dan negara kita akan ketinggalan.
Harga getah berbeza antara Sabah dengan semenanjung.
Saya minta kerajaan persekutuan untuk membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah perbezaan harga getah antara Sabah dan Semenanjung Malaysia. Keadaan ini sudah lama wujud dan kerajaan negeri dan persekutuan tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan kenapa ini berlaku begitu lama. Penduduk Sabah berdepan dengan harga barang pengguna yang lebih tinggi tetapi pada masa yang sama menerima harga getah yang rendah. Sudah tiba masanya kerajaan kerajaan persekutuan campur tangan dalam hal ini.
Petani getah di Sabah juga menghadapi masalah dalam jualan hasil getah mereka di mana pihak Lembaga Industri Getah Sabah begitu lambat membayar harga getah sehingga dua minggu. Saya menerima aduan dari orang ramai yang mengeluh mengenai tiada wang kerana pembayaran kepada hasil jualan getah mereka lambat dibayar. Saya dimaklumkan bahawa sehingga bulan Oktober 2010 LIGS berhutang kepada petani dengan jumlah RM451,000. Kenapa ini berlaku? Adakah LIGS mepunyai masaalah cash-flow?
Kedua-dua masaalah yang saya sebut tadi sudah cukup menjadi alasan supaya pasaran getah di Sabah di buka luas secara competitive dan keistimewaan monopoli LIGS dihentikan. Bukankah slogan kita ialah rakyat didahulukan?
Banyak lagi yang saya ingin sampaikan tetapi biarlah saya sentuh dalam peringkat jawatan kuasa nanti.
Sekian saya mohon menyokong
No comments:
Post a Comment