USUL: TANAH ADAT
Tanah Adat atau Tanah pusaka merupakan satu isu penting yang masih menjadi masalah utama dalam proses pemilikan tanah oleh kaum Pasok Momogun di negeri ini, terutama sekali
· Hakikat bahawa Tanah Adat merupakan salah satu kawasan tanah yang diwarisi turun-temurun oleh kaum Pasok Momogun dan kawasan tanah ini kebanyakannya dimiliki atas dasar hak asasi (customary rights), dan bahawa
· Pelbagai usaha telah dilakukan oleh para pemohon untuk mendapat hak milik ke atas tanah tersebut melalui proses permohonan tanah yang berkuatkuasa namun kebanyakan permohonan tersebut tidak dapat diluluskan, atau tidak dapat diproses atas alasan tertentu seperti dasar dan peraturan pemilikan tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan yang bercanggah dengan niat pemohon untuk memajukan kawasan tanah yang mereka warisi, dan bahawa
· Mana-mana pemilikan tanah adat yang sudah dipunyai dengan pengeluaran geran NT yang sah, maka tanah adat yang dikeluarkan di bawah geran NT haruslah diberi nilai yang sama dengan geran CL dari segi pemberian pampas an dan sebagainya, maka dengan itu
Saya mengemukakan satu usul bahawa:KERAJAAN AKAN MENGHORMATI SEMUA KAWASAN YANG DIIKTIRAF SEBAGAI TANAH ADAT DENGAN MELULUSKAN MANA-MANA PERMOHONAN TANAH ATAS TANAH ADAT YANG SUDAH DIMAJUKAN TANPA MELETAKKANNYA DIBAWAH SEBARANG SYARAT TERTENTU SERTA MEMBERI PAMPASAN YANG SETIMPAL TERHADAP SEMUA TANAH ADAT YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DENGAN NILAI SAMA YANG DIBERIKAN KEPADA KAWASAN TANAH YANG MEMPUNYAI GERAN.
SOKONG!
ReplyDelete