Tuesday, November 3, 2009

SPEECH BY DATUK WILFRED BUMBURING IN PARLIAMENT

YB Datuk Wilfred M Bumburing participated in the debate in parliament on 20.10.2009 starting at 3:00pm tounching on the following topics.
Secara ikhlas saya menyokong kerajaan yang mana saya sokong. Akan tetapi saya juga menegur yang mana perlu ditegus dan saya harap kerajaan dapat menerima teguran saya secara terbuka dan positif.
GAGASAN 1MALAYSIA
Gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan telah menyuntik satu harapan baru kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang mana selama ini mahu melihat satu dasar kerajaan di mana rakyat benar-benar merasakan bahawa semua pihak mempunyai hak yang sama di muka bumi Negara Malaysia.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 jelas menyedarkan kita bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan mereka terpinggir dalam sistem politik dan ekonomi negara. Suara rakyat melalui pilihan raya tersebut jelas dan pihak kerajaan harus mengambil kira dan bertindak cepat untuk menawarkan satu penyelesaian (solution) yang dapat diterima ramai.
Negara Malaysia telah wujud hampir 50 tahun. Negara ini telah ditubuhkan berlandaskan satu permuafakatan dan ikrar bahawa semua kaum mendapat tempat yang saksama di atas bumi bertuah ini. Kita bersyukur kerana pada keseluruhannya, selama 50 tahun rakyat berbilang kaum telah dapat hidup bersama secara aman dan bekerjasama membangunkan negara ini.
Kerajaan selalu menyatakan bahawa Malayisa adalah satu contoh yang terbaik yang mana rakyatnya yang berbilang kaum secara harmonis. Kita sentiasa mengharapkan bahawa ‘the old economic and social order’ mengandungi formula yang sempurna untuk membawa rakyat dan negara untuk maju dalam keadaan makmur dan saksama.
Kita harus mengambil iktibar daripada mesej pilihan raya baru-baru ini. Kejadian-kejadian terbaru cukup menyedarkan kita bahawa kita harus melakukan sesuatu dalam memerlukan sesuatu dan mengubah sikap dan pandangan kita secara radikal. Pada asasnya, ciri-ciri ‘racial hegemony’ harus diberhentikan dan dihapuskan. Semua kaum harus menerima kaum lain secara murni, ikhlas dan saling menghormati antara satu sama lain dalam semangat ‘Malaysia Brotherhood.’
Ini harus dicerminkan dalam dasar kerajaan, dalam perilaku setiap individu setiap hari dalam perhubungan kita dan dalam amalan kita dalam tugasan harian sam ada secara persendirian dalam tugasan jabatan kerajaan dan swasta. Kami dari Sabah merasa bangga kerana apabila Perdana Menteri melawat Sabah baru-baru ini beliau telah memperakui bahawa Sabah adalah satu contoh dalam usaha kita membina bangsa Malaysia.
RESPONDING TO YB SRI GADING CALLING FOR KOH AND ONG TO QUIT CABINET.
Saya terkilan dengan ucapan daripada YB Sri Gading tadi. Saya ingin merakamkan di sini perasaan sedih saya oleh sebab beliau atas asas hak untuk berucap di dalam Dewan ini telah menyerang (attack) Ahli-ahli Kabinet. Beliau telah mengatakan bahawa mereka yang kalah dalam pilihan raya baru-baru ini tidak harus dilantik. Saya kira (anggap) ini satu cabaran kepada privilege Perdana Menteri. Lagipun, dalam sesuatu pilihan raya, apa yang dilihat oleh rakyat ialah apa yang akan ditawarkan oleh kerajaan, juga daripada pihak pembangkang. Jadi mana-mana perkara yang rakyat merasakan tidak kena (sesuai) maka adalah calon-calon dan pemimpin-pemimpin parti yang menjadi mangsa bukan kerana kelemahan sendiri tetapi atas pilihan rakyat.
Oleh itu, jikalau seseorang pemimin itu dilantik oleh Perdana Menteri, saya kira kita terima ini kerana ini yang kita panggil di Sabah sebagai ‘kena tempias.’ It is a big problem (when) you are the victim of the bigger problem. Jadi bukan semestinya masalah peribadi. Jadi saya kira serangan itu tidak harus dilakukan.
Keduanya, kita ini sedang memperkembangkan Gagasan 1Malaysia. Apa yang saya katakan tadi ialah kita menerima semua pihak dalam semangat Malaysian Brotherhood tetapi kata-kata yang digunakan oleh YB Sri Gading itu terlalu berbau perkauman (yang) menggunakan istilah ‘seiman’ dan ‘sebangsa.’ Jadi apa kata kepada kami ini dan komponen-komponen yang lain. Saya rakamkan di sini, Tuan Yang Dipertua, bahawa saya amat sedih kerana kalau kita mahu lihat Gagasan 1Malaysia itu maju dan mencapai sasaran maka perkataan dank omen yang seperti ini harus diberhentikan. We need a new mentality.
Jika masih wujud sikap dan malan diskriminasi terhadap mana-mana individu rakyat Malaysia maka Gagasan 1Malaysia tadi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri secara ikhlas itu terhadap mana-mana individu rakyat Malaysia tidak akan berhasil dan akan hanya tinggal (sebagai satu) retorik (kosong) semata-mata.
Dalam ucapan bahas ini saya tekankan perkara ini kerana apapun rancangan, program dan projek yang ditawarkan dalam belanjawan ini tidak akan mencapai matlamatnya jika segelintir rakyat Malaysia masih merasakan bahawa mereka masih terpinggir. YAB Perdana Menteri sememangnya ikhlas apabila beliau mencetuskan Gagasan 1Malaysia. Berjaya atau gagalnya gagasan tersebut adalah tertakluk kepada peranan dan dukungan rakyat dan pemimpin di semua peringkat. Sudah tentunya Perdana Menteri sangat-sangat mengharapkan dukungan daripada kita semua.
Dalam usaha Kerajaan untuk menyelesaikan mana-mana masalah yang melibatkan mana-mana kaum, ia harus tidak dilaksanakan seperti amalan bomba. Apabila ada kebakaran berulah bertindak memadam api. Setiap masalah haruslah dikaji dari awal lagi dan program pembangunan perlu sebelum ia diluahkan secara terbuka seperti yang dilakukan oleh HINDRAF. Kerajaan perlu ambil tahu bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak terutama sekali kaum minority bersungut kerana merasakan mereka tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
PETRONAS AND PROPOSED GAS PIPELINE TO BINTULU
Saya berikan contoh: Saya telah bertanya di Dewan ini mengenai dengan Petronas. Kita mempunyai masalah (bekalan) letrik. Kita mencadangkan bahawa gas yang diperolehi di perairan atau di kawasan Sabah digunakan untuk menjana lentrik tetapi gas ini pula diekspot ke Bintulu. Kita tidak ada masalah tetapi priority is priority. Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa gas itu akan digunakan di Sabah. Tetapi apa yang saya lihat sekarang ini ialah paip-paip sudah bertimbun di Kimanis, bakal untuk menghantar gas itu (ke Bintulu). Satu pengumuman mengenai dengan IPP yang menjana lebih kurang 250 megawat didirikan ini dalam program dan juga pengumuman petrochemical plant. Saya terkilan apabila mantan Perdana Menteri mengatakan lebihan gas itu barulah dikirimkan ke Bintulu selepas petrochemical plant ini didirikan tetapi kalau blueprint pun belum ada, bagaimana kerajaan tahu sebanyak mana gas yang bakal dihantar ke Bintulu?
CALLING FOR ROYAL COMMISSION OF INQUIRY ON ILLEGALS IMMIGRANTS
Selain daripada itu, permintaan kita supaya masalah pendatang haram diselesaikan pun tidak mendapat respons yang setimpal. Kita telah menyarankan memohon supaya satu Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja (Royal Commission of Inquiry) ditubuh untuk menangani masalah pendatang haram ini pun sampai sekarang masih ditolak oleh kerajaan. Sedangkan perkara yang tidak seserius seperti kematian Teoh dan juga kes V.K. Lingam ada commission dibuat (ditubuh). Saya kita masalah pendatang haram di Sabah ini lebih besar masalahnya daripada masalah individu.
BUMIPUTRA MINORITY AND DEB
Menjurus kepada soal hasil Dasar Ekonomi Baru. Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri pernah ditanya semasa beliau di Sabah mengapa kaum Kadazandusun dan kaum minority lain di Sabah tidak menikmati manfaat daripada Dasar Ekonomi Baru seperti kaum bumiputera yang lain. Jawapan yang beliau berikan pada ketika itu dan masih kita ingat ialah “terlepas pandang.” Jadi, kami sangat-sangat sedihlah. Mungkin ini bukan kesilapan Kerajaan Persekutuan. Beliau juga mengatakan bahawa dalam usaha kita membangun kita harys steady. Mungkin di Sabah ini kita kadang-kadang tidak steady. Masuk Barisan keluar Barisan. Kerajaan dululah.
Akan tetapi hakikatnya ialah kalau tidak silap rumusan pencapaian Dasar Ekonomi Baru itu hanya 19% untuk bumiputera keseluruhan tetapi penyertaan untuk kaum minority di Sabah ini kita langung tidak ada peratusan. Jadi, kita hanya memohon ihsan dan belas kasihan daripada Kerajaan Persekutuan. (Tuan yang DiPertua, saya menyokong kerajan, bukan menuduh sahaja)
Walaupun sasaran Kerajaan ialah untuk mewujudkan satu ekonmi yang berpendapatan tinggi (high income economy) tetapi sector pertanian harus tidak diketepikan juga. Sudah tentu untuk mengekalkan sector pertanian yang viable dari segi sumber pendapatan rakyat dan juga terus dapat menarik minat dan perhatian generasi muda, sector pertanian harus dipermodenkan dan kenaikan taraf infrastruktur untuk kawasan pertanian harus dipertingkatkan.
AGRICULTURE
Sektor pertanian di Negara kita khasnya di Sabah dan Sarawak masih lagi beridentitikan kemiskinan dan rendah martabat. Kalau kita lihat kaum petani di negara-negara lain seperti Amerika, Jepun dan Australia, keum petani adalah golongan yang berpendapatan dan bermartabat tinggi. Keadaan ini adalah hasil dari perancangan awal yang rapi bermula dari peringkat pengeluaran dan juga pengurusan makro sektor pertanian dan juga seterusnya kepada pemasaran antarabangsa.
Kita lihat di Thailand, para petani telah lebih maju sehinggakan mereka telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan hasil pertanian mereka. Saya menyarakankan agar satu pendekatan radikal dilaksanakan ke atas sistem pengurusan dan bantuan kepada sector pertanian. Setelah merdeka selama 50 tahun masih ramai rakyat, petani dan nelayan yang masih dalam tahap subsistence terutama sekali di kalangan smallholders.
Oleh kerana keadaan ini maka ramai generasi muda tidak lagi berminat untuk bertani. Dasar pertanian selama ini belum lagi menghasilkan kumpulan petani muda yang boleh dibanggakan oleh negara. Sektor pertanian pada hari ini masih memikul imej pendapatan rendah dan para petani dipandang sebagai kumpulan ekonomi yang bermartabat rendah.
Wawasan Kerajaan adalah untuk menjadikan negara kita sebagai negara maju pada tahun 2020. Sektor pertanian harus dibangun dan dipermodenkan bersama dengan sektor-sektor yang lain. Tidak ada ertinya negara kita memperoleh status negara maju jika masih bergantung pada import bahan makanan kerana sektor pertanian negara masih mundur dan tidak berupaya untuk membekal bahan makanan. Lebihan pendapatan dari sektor lain perlu dibelanjakan untuk bahan makanan untuk rakyat. Dalam belanjawan 2010, kerajaan telah mencadangkan untuk memperuntukkan RM6 bilion untuk sektor pertanian.
YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa dasar kerajaan ialah untuk mentransformasikan sektor pertanian dari segi penghasilan kepada pemasaran. Saya sangat bersetuju dalam hal ini kerana kita melihat para petani di luar Bandar masih bergelut denganusaha untuk menyara hidup dan aktiviti pemasaran masih lagi dalam tahap yang begitu rendah sekali. Saya mengambil contoh dalam pengeluaran padi, iaitu kita tahu satu bahan makanan utama bagi rakyat Malaysia. Hasil pengeluaran padi negara adalah hanya sebanyak 46%. Di Sabah pengeluaran padi hanyalah sebanyak 30%.
Pada hemat saya, keadaan ini telah berada di dalam tahap yang menggugat keselamatan negara iaitu ‘it is a national security factor.’ Bukti dalam kemelesetan ekonomi negara baru-baru ini, kerajaan terpaksa menyediakan dana sebanyak RM700 juta untuk membeli beras daripada negara lain untuk memastikan bekalan beras negara mencukupi. Apakah akan terjadi jikanegara pengekspot beras menghadapi masalah seperti bencana alam dan mereka tidak dapat mengeluarkan beras walaupun kita ada wang, tetapi tidak ada beras yang hendak dibeli. Oleh yang demikian, kerajaan harus mengambil kira perkara ini secara serius dan perlu mengambil rindakan yang drastik untuk mengatasi masalah ini untuk jangka masa panjang.
Saya menyarankan dalam hal ini agar membentuk satu badan petugas khas di peringkat tertinggi, high level task force, untuk menangani masalah kekurangan pengeluaran beras dalam negara. Mungkin pendekatan yang kita ambil selama ini tidak mencukupi atau tidak sesuai dalam hal ini. Isu masalah beras ini sangat kritikal kepada rakyat dengan bukti bahawa kerajaan terpaksa merombak sistem subsidi beras untuk memastikan rakyat yang memerlukan akan menerima bantuan berupa beras. Saya cadangkan kawasan baru penanaman padi perlu diterokai dan jika perlu kawasan-kawasan yang telahpun ditanam dengan tanaman lain ditukar kepada tanaman padi, Merujuk kepada Sabah, saya alu-alukan program kerajaan negeri untuk melibatkan agensi kerajaan seperti SLEB untuk turut terlibat sama dalam penanaman padi.
Saya juga menambut baik rancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan padi di Sarawak secara besar-besaran. Saya juga menyambut baik cadangan belanjawan ini supaya badan seperti FELDA, FELCRA dan RISDA juga turut terlibat dalam pengeluaran ataupun emasaran bahan makanan dan ketiga-ketiga badan ini bertindak cepat kerana masa sangat cemburu kepada kita memandangkan kita hanya mempunyai 10 tahun untuk tiba di Wawasan 2020.
Saya amat berbesar hati kerana YAB Perdana Menteri telah menyatakan keprihatinan kerajaan tentang keadaan jalan raya di luar Bandar terutama sekali di Sabah dan Sarawak, yang sememangnya memerlukan bantuan khas mengambil kira keadaan yang lebih jauh ketinggalan berbanding dengan kemudahan di Semenanjung.
CALL FOR REINVENTING THE CIVIL SERVICE AND NOT REBRANDING
Kawasan saya di Tuaran, keadaan jalan raya sangat daif dan rakyat setempat terdiri dari petani dan nelayan sangat mengharapkan perhatian daru kerajaan. Kita telahpun mengajukan permohonan dan diharap dapat respons daripada kementerian yang berkenaan secepat ,mungkin. Untuk memastikan berjayanya program kerajaan, kita sememangnya memerlukan satu pasukan kakitangan kerajaan yang cekap, komited dan telus sejajar dengan slogan “Pencapaian Didahulukan”, delivery system harus dipertingkatkan. Saya cadangkan kepada kerajaan agar satu tindakan reinventing keseluruhan jentera birokrasi kerajaan agar ia standing dengan negara-negara lain. Kalau kita mahi jadi negara maju, maka kita haris mempunyai minda sebagai negara maju. Apa yang saya maksudkan reinventing di sini, ia adalah berlainan daripada rebranding. Rebranding ini hanya tukar kulit sahaja. Macam Darkie tukar jadi Darlie tapi isinya masih sama. Yang dimaksudkan disini ialah you ave to reinvent the inside. Saya tidak berlaku adil kalau saya tidak mengucap tahniah kepada beberapa jabatam yang telah membat reinvention diri sendiri. Satu contoh ialah Jabatan Imigresen. Kalau kita masuk pejabat Jabatan Imigresen, sambutan daripada pegawainya begitu baik dan sekarang ini passport dikeluarkan dengan cepat. Kalau dahulu kita tunggu tiga hingga satu minggu, sekarang ini same day.
MALAYSIAN MALAYSIA
Izinkan saya menyentuh satu dua perkara lagu dalam bajet ini secara terperinci.
Gagasan 1Malaysia. Dalam Pengisian 1Malaysia iaitu Perdana Menteri mengatakan bahawa we are all Malaysian. We belong to this country, we have equal rights to this country. Saya pernah sarankan dalam satu kenyataan akhbar to produce, untuk menghasilkan satu identiti Malaysia, 1Malaysia. We should all be call Malaysia. Saya juga dua tiga kali bawa ke Dewan ini soal borang-borang ini sama ada borang awam atau swasta, suku kaum dan kita di Sabah dan Sarawak ini dipanggil ‘yang lain-lain.’ Ini adalah suara daripada rakyat tempatan dan saya menerima berita dekat situ bahawa kerajaan sedang membuat sesuatulah.
Nakun begitu, I am going further. Hari ini saya mencadangkan kenapa tidak dalam detail kad pengenalan kita itu tidak perlulah letak di situ bangsa dan agama. Hanya simpan bangsa Malaysia sahaja. Di Amerika umpamanya tidak ada bangsa. Tidak ada Negro, Afro-Afrikaan, Afro-American dan sebagainya. Semua American. Barulah kita dapat capai gagasan 1Malaysia ini dengan cepat. We are Malaysian. Kita etakkan bangsa Malaysia.
Satu lagi, ini soal kongsi kuasa yang sebenar. Bukan sahaja kongsi kuasa ini di peringkat politik, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat tetapi juga di semua peringkat kakitangan kerajaan, peluang pekerjaan dan sebagainya. Saya tidak perlu sentuh secara detail kerana ini kita semua tahu dan ini harus diperbaiki.
BACK TO PETRONAS: SHOULD HAVE A MEMBER OF THE BOARD OF DIRECTOR FROM SABAH
Saya menjuruskan kepada slogan ataupun Gagasan 1Malaysia.
Saya berbalik kepada Petronas. Saya tanya dalam dewan ini. Sabah ini antara pengeluar minyaklah kepada dana minyak negara kita, kenapa tidak ada seorangpun (dari Sabah) yang dilantik menjadi ahli Board of Directors Petronas. Jawapan yang saya terima ialah faktor kedaerahan itu bukan faktor ataupun asas untuk perlantikan. Itu jawapan yang diberi kepada saya.
Persoalannya ialah, apakah salahnya kalau seorang daripada Sabah ini atau Sarawak atau dari Trengganu menjadi ahli Board of Directors supaya kita tahu operasi Petronas, kita boleh berikan cadangan kita dan menegur mana-mana(yang tidak kena). Hari ini, kalau tidak silap, kita tidak tahu di mana akaun Petrnas ini ya? Kita tidak tahu berapa pendapatan, berapa production dan sebagainya. Jadi saya agak kecewa jawapan yang telah diberi kepada saya di dalam Dewan ini bahawasanya bukan kedaerahan in faktor untuk menjadi asas perlantikan kepada Board of Directors Petronas.
WE SHOULD INTRODUCE ANTI DISCRIMINATORY LAW
Amalan diskriminasi ini masih berleluasa. I stand to my words, dengan izin. Kalaupun ada pihak yang menafikan, ini kita tidak menafikan. Baru semalam saya berjumpa dengan beberapa orang dari Sabah. Dia mahu masuk maktab kent sebagi kakitangan. Diskriminasi itu berleluasa. Begitu juga UMS. Masih berkait dengan suku kaum dan sebagainya. Ini kalau kita mahu melihat Gagasan 1Malaysia ini berjaya, perkara ini harus dikikis secara ikhlas dan sayang ingin mencadangkan di dewan ini agar satu Undang-undang Anti Diskriminasi, Anti-Discrimination Law (diperkenalkan). Mana-mana pihak yang (secara) terang-terang didapati mengamalkan diskriminasi, dia harus diambil tindakan. Ini untuk membantu kita mewujdukan satu bangsa Malaysia yang seebenarnya (sejati).
CITIZENSHIP
Saya ingin menyentuh satu perkara mengenai maslaah kerakyatan Malaysia. Sudah tentunya dalam negara kita ini banyak yang berkahwin dengan orang luar. Berkahwin dengan orang asing. Perkahwinan diurus secara sah dan teratur. Kahwin di Sabah ini, dalam konteks Sabah ini kahwin (mengikut adat) Anak Negeri. Lengkap dengan dokumennya. Kahwin dengan lengkap. Apabila ibubapa memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk kad pengenalan anak mereka, dia kata, ‘oh, masalah kerana saudara punya isteri itu orang luar.’ Jadi saya tanya dalam satu forum di Kota Kinabalu yang dikendalikan oleh Jaksa-jaksa Pendamai, Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Richard Malanjum mengatakan bahawa perkahwinan di bawah undang-undang Anak Negeri ini sah dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara telah mengatakan bahawa ia sah. Namun begitu, mengapakah mereka ini masih menghadapi masalah (tersebut)?
Tadi pagi saya menerima panggilan ttelefon daripada kawasan saya minta tolonglah. Saya diminta oleh ibu kepada anak ini, diminta pergi ke Purajaya untuk mengurus. Orang kampong yang miskin ini, macam mana dia mahu pergi ke Putrajaya? Anak dia yang tua sudah warganegara. Anak keduanya tidak dapat warganegara. Jadi ini haruslah, saya mintalah kerajaan mengambil kira dan melihat perkara ini kerana masalah ini kalau tidak ada kad pengenalan, maka anak-anak ini tidak dapat ke sekolah. Sudah menjangkau umur tidak dapat ke sekolah oleh keana masalah ini.
FREEDOM OF RELIGION: NON-MUSLIM SHOULD BE GIVEN MP’S ALLOCATION WITHOUT PM’S APPROVAL
Soal mengenai Freedom of Religion. Kita akui semua rakyat Malaysia, agam Islam adalah agama rasmi negara kita ini. We have no quarrel of that. Kita terima dengan hormatnya. Hanya bagi saya freedom of religion means also entitle to government a grant, help (geran bantuan). Jadi saya ingin sentuh satu perkara. Dalam kita membahagi-bahagikan peruntukan MP kita tidak kira, kita bagi surau, kita bagi tokong, kita bagi gereja tetapi dalam usaha pemberian kepada gereja ini, ada circular yang kita dapat bahawa untuk peruntukan kerja-kerja ini harus mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri. Jadi MP ini, macam mana kita jumpa Perdana Menteri minta satu kelulusan? Jadi to b fair, ini harus juga dilihat dan dikaji sebab dalam kawasan kita termasuk saya sendiri adalah multi-religious. 40% daripada pengundi (di kawasan saya) adalah orang Islam. Kita bantu surau, masjid, tikar sembahyang dan sebagainya, semua kita bagi dan kita juga mahu membantu gereja-gereja dan chapel ini semua, tetapi ini adalah satu masalah yang harus kita tangani.
EDUCATION
Saya sentuh berkenaan dengan pendidikan. Dalam bajet ini RM1.1 juta diperuntukkan untuk menaiktaraf sekolah-sekolah. Saya punya figure (angka) mungkin tidak betul tetapi point nya di sini. Dalam Ucapan, YAB Perdana Menteri mengatakan kita harus iktiraf dan hargai jas aguru besar dan sebagainya. Ini sangat baik. Saya hanya ingin mengambil perhatian kerajaan dalam soal menaik taraf sekolah-sekolah dan rumah guru-guru ini. Di kawasan saya ada rumah guru yang berdindingkan bamboo. Saya menaiki rumah guru itu, guru-guru itu malu-malu sebab bamboo (dindingnya), dan rumah itu kecil, di SK Poring. Cikgu itu dari Semenanjung, dari Kelantan. Kasihan dia tinggal dalam rumah bamboo. Jadi saya harap kementerian Pelajaran ambil perhatian. Saya ada gambar dan saya bole hiring. Ini ada head and heart. Tidak memerlukan banyak peruntukan. Tukarlah untuk keselesaan. Guru diletakkan di hulu. Kawasannya memang jauh dan kawasan Kg. Poring ini the furthest village in my kawasan. Kereta saya terkandas dan tidak dapat balik kerana hujan dan tidak ada jalan lain.
Tidak adillah kalau saya tidak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana kes satu SMK di Pekan Nabalu kerana dari dahulu lagi, Rancangan Malaysia Ketujuh. Baru-baru ini Timbalan Menteri Pelajaran datang dan umumkan peruntukan sebanyak RM35 juta dan terima kasih kerana rakyat senang hati. Beliau telah berikrar, dua bulan, teriak, teriak, akan mual dibuat dan saya harap program ini diteruskan secepat mungkin.
SPECIAL FUND FOR BUMIPUTRA MINORITY IN SABAH AND SARAWAK TOO
Dua lagi point secara ringkas. Bajet ini telah mengumumkan bahawa satu dana RM20 juta untuk membantu saudara-saudara kaum India, usahawan kaum India, Ini sangat baik, it’s a respond daripada kerajaan. Namun saya sarankan di sini kerana di Sabah dan Sarawak pun masih lagi banyak rakyat kita yang mahu mencebutkan diri dalam perusahaan kecil jadi apa salahnya kalau kerajaan beri satu special peruntukan untuk bantu mereka ini kerana rakan-rakan kita di Semenanjung sudah advance sedikit berbanding di Sabah.
e-KASIH SHOULD BE UPDATED. FREE RICE SHOULD REACH TARGET GROUP
Satu lagi terakhir, Tuan Yang Dipertua. Soal pembasmian kemiskinan. Saya sentuh tadi bahawa apabila ada program kerajaan dilaksanakan, ianya selalu berasakan kepada senarai e-Kasih. e-Kasih ini tidak lengkap, harus di update kan, Banya orang yang sepatutnya tidak ada di sana, dia ada di sana. Saya lihat e-Kasih diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini bahagian pemberian subsidi beras. Saya lihat dalam e-Kasih itu dia hardcore poor tetapi rumahnya semi-permanent dan ada ‘double cab,’ ada handphone. Saya tidak tahu bagaimana penyenaraian itu dibuat. Saya tanya Menteri Pertanian dulu adakah ini permintaan beliau untuk update, ini hanya digunakan untuk Kementerian Pertanian ataupun diguna pakai oleh semua kementerian? Beliau menyatakan yang beliau akan bawa ini kek Kabinet dan saya minta dalam Dewan ini supaya kerajaan mengkaji semua e-Kasih ini.
CONCLUSION
Oleh kerana masa tidak mengizinkan maka saya ingin meminta satu sahaja iaitu penyaluran micro creditor, AIM. Saya sangat tertarik dengan operasinya. Ia mempunyai ahli seramai 220,500 orang tetapi malangnya hanya kepada kaum wanita sahaja. Saya tidak lihat mana-mana kaum lelaki menerimanya. Mungkin kaum wanita ini lebih berjimat cermat atau lebh berhemah untuk mengurus wang. Pembayaran baliknya ialah 99%.
Sebagai penutup saya ingin nyatakan bahwa pada keseluruhannya belanjawan ini menurus kepada sasaran yang tepat. Apa yang saya harap ialah apabila belanjawan ini diluluskan kelak maka tindakan cepat dapat diambil untuk melaksanakannya. Saya ucapkan tahnaih dan syabas kepada kerajaan kerana stimulus package yang dilaksanakan tahun lalu telah berjaya membawa negara keluar daripada keadaan buruk yang dijangkakan. Walaupun ekonomi negara masih mengecut tetapi dalam kadar yang berkurangan.
Tuan yang Dipertua, kepercayaan saya bahawa bajet ini dapat membawa kita kea rah yang lebih baik daripada tahun yang lalu.
Sekian, teria kasih, saya mohon menyokong.
4:30pm. 3.11.2009



juga

I begin by expressing mu solid support to the government. However I reserve my right to admonish and reprove where and when necessary any shortcoming that I see and trust that the government will accept my admonition positively and with openness.
1. One key factor that determine the sucess or failure of 1Malaysia isa change of mentality of Malaysia. All malaysia must accept andrespect other races of various religious belief. Racial hegemony orKetuanan must be erased. If this still exist then 1 MaLAYSIA remains arhetoric.(pg 71-72)2. Why Sabah gas is sent to Bintulu. Abdullah Badawi promised Sabah that gaswill be utilized in Sabah and a petrochemical plant will be set up inSabah and any balance will be sent to Bintulu. This is a brokenpromise because works has now started to build pipes for the gas toBintulu. (pg 72)
3. The demand for Royal commission of Inquiry on the illegal immigrant had beenignored for a long time. . (pg 72)4. Modern Agriculture. If malaysia want to be a developed country in2020 she make sure by then that there is enough supply of basic foodespecially rice. we take note that malaysia only supply 46% of herrice needs and Sabah produced only 30%. There is no point of beingdeveloped if we continue to depend on imported food. (pg 73-74)5. 1 MALAYSIA. I suggest the elimination of racial and religiusidentity in our Identity card. (pg 76-77)6. Why tHere is no BOD members of PETRONAS FROM Sabah. (pg 77)7. Discrimination in empolyment and economic opportunity. I PROPOSETHAT AND ANTI-DISCRIMINATION LAW. (pg 77)8. Freedom of Religion (78)9. I suggest a TV programme for the bumiputra minority (pg 79)I hope you can guide the reporters on these points.

Thursday, October 15, 2009

Tanah Adat Negeri Sabah: USUL

USUL: TANAH ADAT

Tanah Adat atau Tanah pusaka merupakan satu isu penting yang masih menjadi masalah utama dalam proses pemilikan tanah oleh kaum Pasok Momogun di negeri ini, terutama sekali
· Hakikat bahawa Tanah Adat merupakan salah satu kawasan tanah yang diwarisi turun-temurun oleh kaum Pasok Momogun dan kawasan tanah ini kebanyakannya dimiliki atas dasar hak asasi (customary rights), dan bahawa
· Pelbagai usaha telah dilakukan oleh para pemohon untuk mendapat hak milik ke atas tanah tersebut melalui proses permohonan tanah yang berkuatkuasa namun kebanyakan permohonan tersebut tidak dapat diluluskan, atau tidak dapat diproses atas alasan tertentu seperti dasar dan peraturan pemilikan tanah yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan yang bercanggah dengan niat pemohon untuk memajukan kawasan tanah yang mereka warisi, dan bahawa
· Mana-mana pemilikan tanah adat yang sudah dipunyai dengan pengeluaran geran NT yang sah, maka tanah adat yang dikeluarkan di bawah geran NT haruslah diberi nilai yang sama dengan geran CL dari segi pemberian pampas an dan sebagainya, maka dengan itu

Saya mengemukakan satu usul bahawa:KERAJAAN AKAN MENGHORMATI SEMUA KAWASAN YANG DIIKTIRAF SEBAGAI TANAH ADAT DENGAN MELULUSKAN MANA-MANA PERMOHONAN TANAH ATAS TANAH ADAT YANG SUDAH DIMAJUKAN TANPA MELETAKKANNYA DIBAWAH SEBARANG SYARAT TERTENTU SERTA MEMBERI PAMPASAN YANG SETIMPAL TERHADAP SEMUA TANAH ADAT YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DENGAN NILAI SAMA YANG DIBERIKAN KEPADA KAWASAN TANAH YANG MEMPUNYAI GERAN.

Bumburing Urged Problem Faced By Pasokmomogun Displaced by FMU solved!

The Government-initiated Forest Management Unit (FMU) programme was meant to ensure forestry sustainability in Sabah but instead it is creating untold hardship and suffering to the people living within its perimeters.
Citing the FMU-gazetted area in Sugut, Beluran, Upko Deputy President Datuk Seri Wilfred M. Bumburing said the forestry programme made the villagers poorer.
He claimed the villagers were not allowed to develop the land they inherited from their forefathers. "They are not even allowed to reside in the lands or plant rice and other crops on it," he said after visiting the affected villages that include Kampung Simpang Satu, Dua and Tiga.
He said the action of these government-appointed FMU concessionaires was certainly not helping the Government achieve the zero poverty target by 2010.
"The FMU programme was aimed at helping the people who have lived in the gazetted area before the FMU policy was introduced, to enjoy better quality of life.
"But sadly, the rakyat in these areas, he said were now faced with having nothing to eat."
According to him, during the PBS government, a committee was formed and chaired by him to look into the traditional villages located within forest reserves areas.
"The policy then was that if the kampong was in existence before the Forest Reserve areas were gazetted, the areas where the villages are located must be excised out," he said.
He recalled the time he was a State Minister under the tenure of Datuk Yong Teck Lee as Chief Minister when the FMU contract was first tabled and discussed in a Cabinet meeting.
During the meeting, he said he cautioned Cabinet members and the Government about the existence of more than a hundred traditional villages within the forest reserves.
Bumburing, who is also Tuaran MP, said he feared even then that the FMU concessionaires would restrict the villagers in their daily activities and therefore affect their livelihood.
"Today, what I feared had become a reality. The villagers who reside within the FMU areas are not allowed to plant padi or any other cash crops.
"The promise of lucrative harvest from the Acacia trees which they planted during the Berjaya administration under Datuk Harris Salleh are now being taken over by the FMU concessionaires. They are not even allowed to cut the trees that they themselves had planted to build their own houses," he said.
"The villagers had lodged several complaints to the authorities but unfortunately were ignored."
Bumburing said the people's socio economic situation is in bad shape and their only means of communication with the outside world is through abandoned logging roads.
These people, he said, do not enjoy basic social amenities that were provided to people in other areas. Most of them had to depend on unhygienic water collected from waterholes for their cooking, washing and bathing.
Along these lines, he urged the State Government to reintroduced the policy that would protect traditional villages that lies within any Forest Reserve and especially those who are living within the FMU areas.
"I also strongly urge the State Government to implement the promise to excise the villages and its surrounding areas from the FMU areas and provide them with means to uplift their livelihood," he said.
Instead of channeling huge funds to finance mega projects that would benefit only a chosen few, he said a comprehensive development plan should be introduced to benefit the people in the areas concerned such as those in rural Sugut.
Immediate plans also must be drawn and implemented to solve the problem arising from these FMU contracts.
"Surely, we do not want to witness another case of properties owned by the indigenous people being burned such as what had happened in Paitan and Endarassy."
On other developments, Bumburing urged the State Government to provide and implement a policy to protect ancestral land or those claimed by the local people under native customary rights from being taken away by the FMU concessionaires.
He said the Government should take serious note of the plight of the Marudu folks as highlighted in the Daily Express on Sept 9.
He claimed to have spoken to the leader of the group who opposed the move by Safoda to give the land to a company.
Bumburing said he would be visiting the affected areas in Marudu to seek first hand information from the people concerning their problem.
"I want to assure the local community that Upko will highlight their problem to the highest authority. I will also write a letter to the relevant government department to seek a positive solution to their problem," he said

BN Must Be Brave To Make Changes

Barisan Nasional (BN) must be brave to make comprehensive changes from the top down to the grassroots level in line with the aspiration of the people, said Tuaran MP Datuk Wilfred Bumburing.
"The leadership of the BN must be prepared to take into consideration the people's voice," said Bumburing, who is also Deputy President of the United Pasok Momogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko).
"We want all the communities in Malaysia to have equal rights as citizens," he said. According to him, they also suggested to the Prime Minister that all the oil and gas produced in Sabah waters be processed right here in the State just like what is being done in Sarawak.
Thanking the voters in Tuaran for returning the BN in the recent election, Bumburing said it was important for the BN to reciprocate by working hard for the people.
"To win an election is not easy, so we must work extra hard," he said.
Citing the election results of his constituency where he garnered over 17,000 votes and the opposition over 11,000 votes, he said this should serve as a lesson to all. "We must be transparent and unity as well as cooperation among the BN component parties is of the essence," he said.
Bumburing said he would also like to see the BN Tuaran meet more often in order to solve more problems faced by the constituents.
"We should invite government department representatives and have dialogues with them so that all problems can be resolved quickly," he said, adding he would voice out the people's needs without fear or favour in Parliament.
When met later, Bumburing said he was made to understand that even though the Prime Minister had indicated the Federal Government wanted to review the relevancy of the State Federal Development Department (JPPS) there were some issues that needed to be addressed as well.
"I was made to understand that the Prime Minister has instructed two Federal agencies to conduct studies on whether the JPPS should be abolished," he said.
"What the Government wants is no overlapping of function," he said

Find Solutions To Sulu Claims Says Bumburing

The Federal Government must find a definite solution to the Sulu claims over Sabah even if it means bringing it to the International Court of Justice, said Tamparuli MP Datuk Wilfred Bumburing.
He said the answer to his question on Feb 23 for the reason the Malaysian Government continues paying RM5,300 annually to the Sulu Sultanate heirs was that it was a cession money based on the agreement between the British East India Company and Sulu Sultan in 1878.
It was also based on the 1939 McKaskie Judgement in the North Borneo Court, he said in his debate on the motion of thanks to the Yang di-Pertuan Agong's policy speech in Parliament here.
However, Bumburing asked the relevance between the 1878 agreement and formation of the Federation of Malaysia in 1963.
"Is it a kind of lease? Is this a recognised lease and inherited by Malaysia?
The answer given to me is that the (McKaskie) judgement was purely civil and has no effect on the sovereignty of Sabah in the Federation," he said.
But, he said, if the Government continues to pay the so-called annual cession money of RM5,300, Sabah's total sovereignty in Malaysia is still questionable.
He said the Sulu Sultanate heirs are still claiming Sabah and now they had issued birth certificates to their people in Sabah, while a Home Ministry-approved newspaper in Tausug language is also in publication in Sabah.
"We want a definite solution to this matter. If necessary, bring it up to the International Court of Justice.
"Sabahans together with the Sarawakians have decided in 1963 to form the Federation of Malaysia and, therefore, no quarters from outside the country can deny this," he said.
He said Malaysians in Sabah would fight for the sovereignty till the end and that they were fortunate to have made the right decision to be together in Malaysia.
Bumburing also said the issue of social contract was not really relevant to the people of Sabah and Sarawak but rather the Malaysia Agreement, which was the basis for the formation of Malaysia.
He said after 50 years of independence, the leaders should be basing the discussion on the people's problem in the whole country and not only focusing on Peninsular Malaysia.
"Sometimes we in Sabah and Sarawak feel like we are merely audiences watching operas being acted out by the races in Peninsular Malaysia," he said, adding that misleading statements like "in all Malaysia, including Sabah and Sarawak" was always being used.
"That is why we cannot be blamed when MPs from Sabah and Sarawak sometimes are too vociferous in voicing out problems from Sabah and Sarawak," he said.
In another note, Bumburing urged the relevant authorities, particularly the police, to leave no stone unturned in the investigation of the land dispute in Tingkayu, Kunak that saw one man being murdered and claims of illegal immigrants being involved.
He also appealed to the Education Ministry to fulfil its promise to build a secondary school in Pekan Nabalu as they was talk that the site had been shifted elsewhere due to the unstable land in Nabalu.